Monday, December 7, 2009

AL FATIHAH UNTUK ARWAH JARAIE


Arwah Jaraie atau nama sebenarnya Rafie Hj Husaini semasa hayatnya adalah seorang peniaga kedai runcit. Kadang-kadang beliau menjual ikan dan sayur di kampung kampung berdekatan. Beliau mengidap penyakit gaut yang serius. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Taiping.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Ahli Kariah sedang menunggu tetamu.
Setiap tahun apabila tiba bulan maulud maka masjid dan surau masing-masing akan mengadakan majlis sambutan maulidur rasul di peringkat kariah.Ahli kariah lain yang berdekatan akan dijemput untuk sama-sama bertahlil dan marhaban. Kebiasannya setiap kariah diminta mewakilkan 5 hingga 7 orang untuk hadir.
Cikgu Hj Ibrahim dan Hj Hayer sedang menunggu para jemputan.


Bacaan berzanji, marhaban dan tahlil oleh para jemputan.


Para mentara sedang menyediakan hidangan diketuai oleh En. Mastor ( pakcik ).


Para jemaah jemputan dari kariah berdekatan sedang menjamu selera.


Sebahagian kanak-kanak yang hadir.


Ahli kariah tempatan makan di balai lentang.


Jaafar dan Hj Osman