Hari ini Sabtu 3/12/2011 , angah Hamid Haji Nasri telah mengadakan kenduri kahwin anaknya Yazid.Menantu angah kali ini orang dari Yan, Kedah.Seekor lembu yang besar juga telah tumbang disembelih oleh Ustaz Mahmud.Malam tadi kami orang kampung ramai-ramai makan sup.Petang semalam kami makan pulut bersama ikan masin, sambal bilis dan inti kelapa. Itu dah jadi tradisi kami masyarakat Banjar.
Sunday, December 4, 2011
Sunday, November 20, 2011
Saturday, September 3, 2011
WALIMATUL URUS RUMAH MAIL
Hari ini Sabtu 3hb September 2011, En Ismail ( ipar Suhai )telah mengadakan majlis kenduri perkahwinan anak perempuan beliau Hafizah. Menantu sulung En Ismail ini orang Tebuk Matau, Semanggol. Persiapan memasak sejak semalam lagi. Seperti biasa, beras pulut dikukus kemudian makan berlaukkan ikan masin. Kelmarin juga telah tumbang seekor lembu yang boleh tahan juga besarnya. Kali ini Ustaz Mahmud yang menyembelih. Malam tadi juga diadakan majlis tahlil dan marhaban yang diketuai oleh Ustaz Fadzil. Kemudian, para tetamu dihidangkan sup daging dan ada yang dapat sup “gear box” Begitulah meriahnya kenduri di kampung.
Wednesday, August 31, 2011
SEDIHNYA RAMADAN BERLALU
Pada hari Isnin 30hb Ogos 2011 umat Islam seluruh Malaysia menyambut kedatangan 1 Syawal 1432H. Seperti biasa ahli jemaah Masjid Telok Pial akan mula mendirikan solat sunat Aidil Fitri jam 9.00 pagi. Tahun ini pegawai yang bertugas ialah Ustaz Haji Hashim Walad ( Imam), Ustaz Fadzil Salleh ( Khatib ) dan Hj Ahmad Afandi Yusof ( Bilal). Tahun ini solat habis lebih awal. Ustaz Fadzil memaklumkan khutbah tahun ini agak pendek berbanding tahun lepas.
Saturday, August 20, 2011
Monday, August 15, 2011
MAJLIS BERBUKA PUASA 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)