Wednesday, August 31, 2011

SEDIHNYA RAMADAN BERLALU

Pada hari Isnin 30hb Ogos 2011 umat Islam seluruh Malaysia menyambut kedatangan 1 Syawal 1432H. Seperti biasa ahli jemaah Masjid Telok Pial akan mula mendirikan solat sunat Aidil Fitri jam 9.00 pagi. Tahun ini pegawai yang bertugas ialah Ustaz Haji Hashim Walad ( Imam), Ustaz Fadzil Salleh ( Khatib ) dan Hj Ahmad Afandi Yusof ( Bilal). Tahun ini solat habis lebih awal. Ustaz Fadzil memaklumkan khutbah tahun ini agak pendek berbanding tahun lepas.
Antara ahli Jamaah yang datang awal

Farhan Fadzil dan Fadzlan Fadzil.

Ismail, Salleh dan Redzuan.


Bacaan Tahlil selepas solat sunat Aidil Fitri.


Ustaz Hj Hashim Walad, Imam 1, Masjid Al Mubarak,Telok Pial.

Monday, August 15, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA 2011

Majlis Berbuka tahun ini ialah pada hari Isnin, 15hb Ogos 2011 bersamaan 15 Ramadan. Seperti tahun lepas juga, pihak masjid menjemput jemaah dari kariah berdekatan. Tahun ini penyediaan makanan guna khidmat Satar Husain Katering, Kg Seri Makmur, Batu 8, Kuala kurau.











Saturday, August 13, 2011

MAJLIS SUMBANGAN FAKIR MISKIN, ANAK YATIM DAN O.K.U

Hari ini Ahad 14hb Ogos 2011 telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri, kepada golongan fakir miskin, anak2 yatim dan OKU. Majlis bermula selepas solat subuh.Sebelum itu semua penerima-penerima telah bersahur di rumah Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad, salah seorang AJK Masjid.Majlis disempurnakan oleh Dato' Abd Raman Suliman. Turut hadir ialah Tuan Haji Kamaruddin, Pegawai Daerah Kerian yang baru.
Tuan D.O yang baru sedang menyampaikan ucapan. Orang Banjar dari Bagan Datok.







Dato' Abdul Raman Suliman sedang menyampaikan saguhati kepada angah Said.




Friday, August 12, 2011

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN MASJID

Rentetan Program Bersahur Bersama Rakyat,esok 14hb Ogos 2011, Masjid Telok Pial akan menerima tetamu dari Ipoh. Rombongan Menteri Besar Dato' Seri Zambry Abd Kadir akan bersahur di rumah Haji Abd Rahman,seterusnya akan solat Subuh di Masjid Al Mubarak, Telok Pial. Maka beberapa orang ahli qariah, lelaki dan perempuan telah datang ke masjid membersihkan masjid pagi tadi. Terima kasih kepada yang datang.