Hari ini Sabtu 3/12/2011 , angah Hamid Haji Nasri telah mengadakan kenduri kahwin anaknya Yazid.Menantu angah kali ini orang dari Yan, Kedah.Seekor lembu yang besar juga telah tumbang disembelih oleh Ustaz Mahmud.Malam tadi kami orang kampung ramai-ramai makan sup.Petang semalam kami makan pulut bersama ikan masin, sambal bilis dan inti kelapa. Itu dah jadi tradisi kami masyarakat Banjar.